SIBU: Daripada 20 ekor semua kucing saya yang bermain dalam rumah, tetapi seekor kucing yang selamat.

Pemilik kucing, Nurmiyoko berkata ketika ditemubual wartawan Sarawakvoice semalam, ” semua kucing saya bermain di dalam rumah, ada yang di dalam bilik, ada yang di dapur dan ada yang bermain di ruang tamu rumah.”

“Saya memang biarkan semua kucing saya bermain di dalam rumah , dan tak ada pun saya mengurung kucing saya di dalam kandang,” ujarnya.

Nurmiyoko

Tambahnya, ” sewaktu kejadian, saya masih berkerja dan waktu saya tahu kejadian di mana rumah saya terbakar, saya bergegas balik ke rumah, dan tengok rumah saya sudah dijilat api.”

“Saya terus mencari ayah dan ibu saya kerana ayah dan ibu saya tidak sihat dan juga ingin menyelamatkan mereka dan kucing saya,” katanya.

“Kucing-kucing tak sempat diselamatkan kerana api terlampau marak dan pihak bomba tidak membenarkan saya rapat dengan rumah saya,” katanya.

Ujarnya, “Saya cuma jumpa seekor sahaja anak kucing saya, yang dalam ketakutan disebabkan api terlampau marak.”

“Malangnya, yang lain semua rentung dan saya sebak dan menangis melihat keadaan kucing saya yang sudah terbakar dan jasadnya kaku selepas kebakaran berjaya dikawal,” jelasnya.

“Saya syukur kerana ibu dan bapa saya selamat dan Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku,” tambahnya lagi.

Katanya lagi,”Saya akan jaga anak kucing saya ini dengan sebaik-baiknya dan saya berdoa agar kucing ini,sentiasa sihat dan walafiat.”