SIBU: Seakan baru semalam trauma kebakaran rumahnya dijilat api dalam tragedi membabitkan kebakaran membabit 100 rumah di Kampung Dato pada 2013 .

Semalam mimpi ngeri itu berlaku lagi yang menimpa keluarga Encik Ariff Kadri yang turut terlibat dalam kebakaran di Kampung Baru di Jalan Isau semalam.

Dalam temuramah dengan SarawakVoice sebentar tadi, ” Saya redha dengan ketentuan Allah S.W.T dengan kejadian yang berlaku semalam.”

“Dah dua kali kejadian kebakaran yang menimpa keluarga saya , pertama di Kampung Datuk pada 2013 dan terbaharu berlaku semalam, ” katanya.

“Saya terpaksa bermula dari semula untuk memulakan kehidupan baharu saya, dan saya tak tahu nak kata apa, kerana rasa trauma saya terhadap kebakaran kembali timbul dalam diri saya,” jelasnya.

“Lepas tragedi kebakaran pada 2013 yang lalu, kami telah mulakan kehidupan baharu selepas tragedi baharu itu, dengan menyewa di Jalan Isau ini, dan tak sangka , tragedi ini berulang dua kali, ” katanya.

“Saya mengambil masa selama dua ke tiga tahun nak hilangkan saya trauma saya selepas rumah saya dijilat api pada tahun 2013 dan kini perkara itu berlaku lagi semalam sekaligus membuatkan saya tak tahu nak kata apa,” ujarnya.

Tambah Ariff lagi, ” saya redha apa yang berlaku asalkan tidak ada apa-apa yang berlaku kepada keluarga saya dan jiran-jiran saya yang menjadi mangsa terlibat dalam kebakaran semalam.”

Seorang lagi mangsa kebakaran semalam iaitu Encik Hatta Raduan, berkata, ” saya tak boleh berkata apa-apa kerana saya redha apa yang berlaku ke atas diri saya.”

“Ini semua ketentuan Allah S.W.T dan mungkin ada hikmah yang berlaku semalam terhadap kami,” jelasnya.

Tambahnya,” Asal dokumen penting dapat diselamatkan dan tiada apa yang berlaku terhadap kami , itu sudah cukup bererti .

Semalam , lapan buah rumah di Jalan Isau , Kampung Baru Sibu musnah dijilat api . Kebakaran yang berlaku kira-kira pada jam 12.10 tengah hari telah menyebabkan sembilan keluarga dan 73 mangsa keseluruhan kehilangan tempat tinggal.

Pusat Penempatan Sementara mereka di Surau Darul Maawa , Kampung Baru.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian sempat melawat mangsa kebakaran yang turut memberikan sumbangan ikhlas kepada mereka sebentar tadi.

Encik Ariff Kadri
Menteri Kerja Raya menyampaikan sumbangan ikhlas
Encik Hatta Raduan bersama cucunya