SIBU: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini melancarkan pembukaan pejabat ke-20 di cawangan terbaharunya di Sibu.

CIDB yang menulis kenyataan medianya, ini adalah salah satu daripada usaha-usaha CIDB dalam memperluaskan lagi perkhidmatan di negeri ini. Pembukaan pejabat serta cawangan di semua negeri dan beberapa daerah yang strategik akan memudahkan CIDB melaksanakan tugasan-tugasan mengawalselia dan memantau aktiviti pembinaan selaras dengan pematuhan Akta Lembaga Industri Pembinaan Malaysia(CIDB) atau Akta 520.

Majlis Perasmian Pejabat CIDB Cawangan Sibu , dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian diiringi oleh Ketua Eksekutif CIDB,Datuk Ir Ahmad Asri .

Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Baru Buan menekankan bahawa projek-projek pembinaan di daerah Sibu yang menjadi pemangkin pembangunan ekonomi setempat merupakan sebab utama pembukaan cawangan baharu ini.

“Sibu bukan sahaja dikenali sebagai bandar pelabuhan dan pembinaan kapal. Malah, daerah ini juga merupakan pintu masuk ke Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan juga destinasi pelancongan di sepanjang Sungai Rajang. Sibu sememangnya mempunyai potensi untuk dibangunkan dengan lebih pesat lagi pada masa akan datang,” kata Tuan Baru Bian

Antara projek-projek utama terbaharu di Sibu adalah Lebuhraya Pan Borneo Fasa Satu bernilai RM1.7 Billion pada tahun 2016, Pembinaan pangsapuri 18 tingkat , hotel dan bangunan komersial bernilai kerja sebanyak RM140 juta, turut merupakan projek terbesar di daerah Sibu pada tahun 2017 , Projek perancangan tebatan banjir Sibu(Fasa 3) , Lembangan Batang Rejang bernilai RM90 juta pada tahun 2018 , kerja pembinaan bernilai RM100 juta direkodkan bagi kerja projek membina jalan dari Sibu ke Jalan Kong Yit Khim.

Dengan adanya Pejabat CIDB Cawangan Sibu ini, bantuan khidmat pelanggan seperti proses pendaftaran kontraktor dan bahan binaan , serta pendaftaran dan akreditasi personel binaan dapat dilaksanakan dengan lebih meluas. Pemain industri tempatan berpeluang mendapatkan bimbingan daripada pihak CIDB mengenai perkara yang berkenaan dengan industri pembinaan sekaligus memastikan industri pembinaan di Sibu lebih berdaya saing dan memberikan impak yang positif kepada pembangunan Negara.

Setakat akhir Februari, terdapat 96,038 kontraktor yang berdaftar di seluruh negara . Daripada jumlah ini, seramai 8,650 kontraktor dari Sarawak manakala 974 kontraktor adalah daripada Sibu .

Statistik Personel Binaan pula menunjukkan bahawa secara keseluruhannya seramai 850,000 personel yang berdaftar di seluruh negara yang mana 45,000 adalah dari Sarawak dan lebih 13,000 personel adalah dari Sibu secara khususnya

“CIDB sangat menggalakkan agensi-agensi tempatan di daerah Sibu ini untuk mendapatkan maklumat mengenai Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang sedang dilaksanakan khusus bagi meningkatkan prestasi industri pembinaan negara agar setara dengan pencapaian di negara-negara maju. Tambahan lagi, kerjasama strategik diantara CIDB dan agensi-agensi tempatan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif yang digariskan di bawah CITP akan meningkatkan pencapaian industri pembinaan di Sibu, selaras dengan slogan CITP , “Bersama memacu Kecemerlangan Pembinaan”, ” kata Datuk Ir Ahmad Asri .

CITP adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), bermatlamat untuk membangunkan industri pembinaan menerusi empat teras strategik utama iaitu Kualiti, Keselamatan dan Profesionalisme, Kemampanan Alam Sekitar , Produktiviti serta Pengantarabangsaan.

Cawangan di Sibu merupakan Pejabat CIDB yang ke-20 . Kini , terdapat 15 Pejabat negeri di seluruh Malaysia , dan 5 Pejabat Cawangan , Miri, Bintulu dan Sibu serta Tawau dan Sandakan di Sabah. CIDB ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industi Pembinaan 1994 (Akta 520) pada tahun untuk mengawal selia , membangun, dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global.