Tuesday, August 16, 2022

Kumpulan organisasi angkasa Arab pertama ditubuhkan di UAE

Secara Rawak

DUBAI: Sebanyak 11 negara Arab, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) menubuhkan organisasi angkasa Arab pertama, bertujuan membangunkan satelit bagi memantau perubahan iklim dan alam sekitar, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis menandatangani piagam Kumpulan Kerjasama Angkasa Arab sempena pembukaan Kongres Angkasa Global di Abu Dhabi pada Selasa itu, dihadiri Naib Presiden UAE merangkap pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum.

Sheikh Mohammed berkata projek pertama kumpulan berkenaan ialah ​​​​​​​membangunkan sebuah satelit 813 di UAE dan nama itu diambil ​​​​​​​bersempena tarikh House of Wisdom Baghdad, mencapai kegemilangan ​​​​​​​semasa pemerintahan Al-Ma’mun.

Beliau berkata agensi itu mengumpulkan para saintis dan ​​​​​​​menterjemahkan buku, selain menjadi tempat bagi para ilmuwan di ​​​​​​​rantau ini mengembangkan serta mencurahkan segala ilmu.

Kongres Angkasa Global berlangsung pada 19-21 Mac itu ​​​​​​​menjadi ​​​​​​​acara penting yang menghimpunkan pemimpin dalam industri ​​​​​​​angkasa dari Timur Tengah dan Afrika Utara.

Pada 11 Mac, kabinet UAE menerima pakai Strategi Angkasa Negara 2030, antara lain merangkumi 36 objektif dan 119 inisiatif yang ​​​​​​​akan memberi manfaat kepada lebih 85 entiti di UAE.

Strategi itu berperanan sebagai rangka kerja am untuk industri dan aktiviti angkasa UAE sehingga tahun 2030.–BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru