PUTRAJAYA: Remaja yang hilang ketika insiden berdarah di Christchurch disahkan terbunuh.

Wisma Putra telah dimaklumkan tentang hal itu oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, memetik exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.

Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, dilaporkan hilang dalam insiden tersebut manakala bapanya, Mohd Tarmizi Shuib merupakan seorang daripada tiga rakyat Malaysia yang tercedera.

Mohd Tarmizi yang ditembak dari belakang dilaporkan stabil selepas serpihan peluru di dalam badannya berjaya dialihkan.

Wisma Putra telah mengadakan beberapa siri rundingan di Christchurch bagi membantu keluarga mangsa dan mereka yang tercedera.

Dua lagi rakyat mangsa serangan tersebut ialah Rahimi Ahmad, dan Mohd Nazril Hisham Omar.

Serangan ala permaianan atas talian PUBG di Christchurch sebelum solat Jumaat lalu meragut 51 jiwa dan mencederakan berpuluh-puluh lagi.

Antara yang maut ialah kanak-kanak semuda tiga tahun, dan insiden ini digelar oleh Perdana Menterinya Jacinda Ardern sebagai hari hitam sejarah New Zealand.