Monday, June 27, 2022

Baram menuju status Bahagian ke-13 Sarawak

Secara Rawak

MARUDI: Ketua Menteri Sarawak yakin kawasan yang terbesar di Sarawak, Baram akan muncul sebagai Bahagian terbaharu di Sarawak.

Mengulas cadangan Adun Marudi, Datu Penguang Manggil, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin impian rakyat Baram itu akan menjadi realiti.

“Semua projek pembangunan di kawasan tersebut perlu dilaksanakan sebelum status ini dapat diubah.

“Ketika ini Kerajaan Sarawak sedang melaksanakan pelbagai projek yang akan memberi manfaat kepada penduduk kawasan itu,” katanya ketika melancarkan Projek Tebingan Marudi di sini semalam.

Pada 11 April 2015, Daerah Serian yang majoriti penduduknya warga Bidayuh muncul sebagai Bahagian Ke-12 Sarawak.

Katanya, impian tersebut bukan angan-angan kerana sistem perhubungan darat dan jalan raya berkualiti, bermula Miri ke Marudi akan mencetus perubahan di kawasan tersebut.

“Dengan siapnya Jambatan Marudi yang menelan kos RM75 juta, Pekan Marudi dan bandar raya Miri akan menjadi semakin dekat dan mudah diakses.

Malah dengan kemudahan tersebut, potensi Baram dan Marudi dalam bidang ekopelancongan juga akan lebih cerah.

Baram katanya, telah lama dikenal pasti sebagai destinasi yang kaya dengan produk pelancongan.

“Kedudukan Mulu yang terletak berdekatan, dan keluhuran budi serta kelembutan budaya masyarakatnya aman menjadi titik jualan penting produk pelancongan di sini,” tambahnya lagi.

Lebih 4 ribu tetamu hadir pada majlis yang dilangsungkan di Dataran Marudi itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru