SIBU: Jangan memilih pekerjaan dan jangan merungut apabila diberi kerja, itulah antara kata-kata nasihat yang diberi oleh penerima Pingat Perkhidmatan Setia pada tahun 2019 .

Abu Bakar Bujang daripada Majlis Daerah Sarikei berkata ketika ditemubual oleh wartawan SarawakVoice, “Hari ini saya rasa bertuah dan bersyukur kerana dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia . Saya juga rasa berbaloi dengan perkhidmatan yang saya berikan kepada Kerajaan Negeri Sarawak selama 39 tahun.”

Apabila ditanyakan apakah nasihat yang boleh dikongsi dengan anak muda yang baru hendak berkhidmat sama ada di sektor awam dan swasta?

Katanya, “Nasihat saya kepada anak muda, jangan memilih kerja lah. Asal ada jawatan dan kelayakan , mohon lah.”

Abu Bakar Bujang dari Majlis Daerah Sarikei

Muhammad Jaffary Led daripada Lembaga Pelabuhan Rejang berkata, “Saya sangat gembira setelah menerima pingat ini daripada Ketua Menteri Sarawak dan saya telah berkhidmat selama 30 tahun.”

Katanya , “saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Sarawak atas kurniaan pingat ini kepada saya”

Wartawan SarawakVoice sempat bertanyakan apakah pengalaman manis yang sukar dilupakan?

Kata Jaffary, “terlampau banyak kenangan manis sehingga saya sendiri sukar hendak memberitahu apakah pengalaman manis yang saya alami sewaktu saya berkhidmat.”

Mohammad Jaffary dari Lembaga Pelabuhan Rajang , ditemani Isterinya

Nasihat Jaffary kepada anak muda, “Jangan memilih kerja kerana yang penting sekarang adalah pengalaman, cari pengalaman kerana pengalaman itu penting.”

Suraya Ahad daripada Jabatan Kerja Raya, berkata, “Saya berasa sungguh gembira sekali kerana saya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia setelah berkhidmat selama 37 tahun.”

“Terlampau banyak pengalaman manis yang saya alami sewaktu saya berkhidmat dalam perkhidmatan awam, antaranya ialah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dan sudah tentu dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia ini,” ujarnya

Suraya sempat memberikan nasihat kepada anak muda yang baru hendak membina kerjaya , “Bekerjalah dengan tekun, jangan mencuri masa ketika kerja dan jangan merungut ketika diberikan kerja.”

Seramai 363 penerima pingat perkhidmatan setia yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Suraya Ahad daripada Jabatan Kerja Raya