SIBU: Seramai 363 orang penerima telah dijemput untuk menerima Pingat Perkhidmatan Setia pada hari ini.

Menurut kenyataan akhbar yang diterima, seramai 363 orang daripada 22 buah Jabatan dan Agensi , yang terdiri daripada 12 agensi daripada Kerajaan Negeri dan 10 agensi daripada Kerajaan Persekutuan.

Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia ini akan disempurna dan disampai oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sebuah hotel terkemuka disini.

Residen Bahagian Sibu, Encik Charles Siaw mengetuai senarai penerima pada majlis ini berikutan telah berkhidmat selama 33 tahun.

Turut menerima pingat perkhidmatan setia pada tahun ini, Puan Felicia Tan Yan Hua , Residen Bahagian Sarikei yang telah berkhidmat selama 26 tahun , Encik Johnathan Lugoh , Residen Bahagian Serian yang telah berkhidmat selama 33 tahun dan juga Datin Helen Lim Hui Shyan , Pengurus Besar , Lembaga Pelabuhan Rajang yang telah berkhidmat selama 30 tahun.

Seramai 17 orang penerima pingat telah berkhidmat melebihi 40 tahun yang diketuai oleh Puan Maria Ganing dan Encik Yusof Pahari yang telah berkhidmat selama 42 tahun.