Monday, June 27, 2022

YADIM sokong usul tergempar kutuk serangan berdarah di Christchurch

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh usul tergempar Parlimen Malaysia yang mengutuk serangan berdarah mengorbankan

50 nyawa umat Islam di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu.

Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, tragedi di dua masjid itu merupakan tindakan ganas yang
boleh dianggap sebagai jenayah kemanusiaan.

Malah ia wajib dikecam
oleh masyarakat antarabangsa, katanya.

Tegasnya, atas asas prinsip kebebasan dan hak asasi manusia, tembakan rambang ke atas
umat Islam yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Jumaat itu adalah
suatu tindakan yang lahir daripada sikap terburuk terhadap kebebasan agama yang
dijamin oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan juga kerajaan New Zealand.

“Segala jenis tindakan radikal tentu sangat bertentangan dengan nilai-nilai universal yang diakui oleh semua agama di dunia.

“Juga sangat bertentangan dengan
konsep hak asasi manusia yang diakui oleh semua negara di dunia.

Setiap orang tegasnya, mempunyai hak untuk mengamalkan dan mempraktikkan
kepercayaan beragama masing-masing dan tindakan untuk menceroboh privasi itu menggambarkan betapa terkaitnya sikap dan perilaku sesetengah pihak dengan
provokasi Islamofobia.

“Islam sentiasa mengajar umatnya membentuk peribadi mulia, dan hal ini diakui
banyak pihak sehingga menjadi agama yang paling pesat berkembang di dunia,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Bagi Islam katanya, nyawa dan kehidupan adalah nikmat dan anugerah yang wajib
dihormati dan dipertahankan bukan sahaja secara individu, komuniti mahupun
secara kolektif oleh negara.

“Untuk menjunjung prinsip tersebut, setiap individu mestilah dididik dengan rasa
hormat, toleransi, tolong- menolong, menjunjung prinsip keadilan dan tidak melihat
perbezaan kepercayaan sebagai musuh dan daya yang mencetuskan konflik.

“Tidak ada rasa benci atas perbezaan agama, budaya dan etnik.

Syariat Islam ujarnya, pada dasarnya melindungi dan menghargai manusia sebagai individu
yang bermartabat.

“Semua tindakan yang melawan kebebasan dan martabat
manusia adalah bertentangan dengan syariat Islam.

“Kekerasan akan memunculkan
kekerasan yang baharu serta menumbuhsuburkan tradisi dendam kesumat.

Islam tambahnya lagi,datang untuk membangun masyarakat yang adil dan beradab.

“Islam adalah
agama kasih sayang dan menebarkan rahmat bagi semesta alam (Rahmatan Lil-
‘Alamin), kiranya pendekatan ini akan mampu memberikan solusi jangka panjang
sebagai alternatif bagi permasalahan radikalisme,” jelasnya

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru