SIBU: University Colleges Of Technology Sarawak (UCTS) akan mengadakan Hari Info UCTS 2019 di tiga lokasi berasingan.

Lokasi yang pertama di Mydin Mall , Petrajaya Kuching pada 23 dan 24 Mac ini, di Kampus UCTS Sibu pada 30 dan 31 Mac ini dan Plaza Merdeka pada 19 hingga 21 April depan.

Naib Canselor UCTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata , ” Hari Info UCTS ini merupakan program anjuran Jabatan Pengambilan Pelajar dan Pemasaran UCTS dalam usaha menarik minat pelajar untuk menyertai kami di UCTS khususnya kepada sasaran kami dari lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) , United Examination Certificate (UEC ) dan O-Level.”

Jelas Khairuddin di dalam sidang medianya, ” objektif ini bertujuan untuk memberikan platfom kepada ibu-bapa dan sasaran pelajar mendapat sesi konsultan secara terus dengan staf akademik UCTS.”

“Disamping itu juga, Hari Info UCTS ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti STEAM kepada orang ramai. STEAM ini bermaksud ‘Science’ , ‘Technology’, ‘Engineering’ , ‘Arts’ dan ‘Mathematics’,” ujarnya .

“Kalau dahulunya dulu dipanggil STEM, kini kita tambah A untuk ‘Arts’ , kerana ‘arts’ juga perlu pada zaman kini, contohnya kita perlukan peguam, pengurus dan juga pelukis, ” katanya .

Jelas Khairuddin lagi, ” Hari Info UCTS ini juga memberikan peluang kepada orang ramai terutamanya kepada ibu-bapa dan sasaran pelajaran untuk meneroka dan merasai pengalaman sebenar di UCTS yang moden dan mempunyai kelengkapan yang maju.”

“Hal ini kerana, saya mahukan orang ramai tahu pasal UCTS dan segala kelengkapannya , bantuan yang ada, dan juga kursus yang ada, bukan hanya tahu nama UCTS sahaja berlokasi di Sibu,” ujarnya.