KUCHING: Kedudukan Sarawak ke status asal sebagai sebuah wilayah hanya akan berlaku selepas pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan diluluskan di Dewan Rakyat, kata Ketua Menteri.

Maksudnya, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, perubahan status hanya akan berlaku selepas pindaan berkenaan.

Beliau diminta membuat komen di sini semalam di sebalik rasa ghairah rakyat dan netizen untuk melihat perubahan status itu.

Keghairahan berkenaan memang dapat difahami kerana mereka sudah menunggu berita baik itu untuk sekian lama.

Beliau, bagaimanapun, berkata apabila pindaan terhadap Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia dilakukan maka tindakan sedemikian menjadi penting memandangkan Sarawak menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Selepas pindaan nanti, kita bukan lagi negeri tetapi wilayah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pameran Latihan dan Kerjaya

Sarawak 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, Sabtu.

Perjanjian Malaysia (MA63) ditandatangani oleh tiga wilayah — Malaya, Sabah dan Sarawak menjelang pembentukan Malaysia pada 1963 — dan oleh itu negeri itu tidak boleh disamatarafkan dengan negeri-negeri lain.

Kata Abang Johari lagi, Kerajaan Sarawak hanya akan membuat perubahan berkaitan status Sarawak dalam pentadbiran, selepas pindaan diluluskan di Parlimen nanti.