SIBU: Maut boleh datang bila-bila masa.

Semalam seorang lelaki rakyat Indonesia menemui ajalnya selepas terjatuh dari jeti Rantau Panjang di sini sekitar jam 8.46 pagi.

Mangsa kemudian ditemui jam 9.40 pagi pada jarak dua meter dari tempat kejadian,
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, sejurus selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Sibu bergegas ke lokasi kejadian,

Mangsa dikenali sebagai Bortolomeus Ngaji, berusia 48 tahun.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.