KABONG: Gadis kelahiran Lundu, Dayang Rohayah Awang Helmi, 28 tahun, mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menumpaskan tujuh pencabar lain sekali gus bergelar Ratu Pantai Kabong pada malam kemuncak Pesta Ria Kabong sempena Kabong Interational Kite Festival (KIKF)2019 yang berlangsung malam tadi.

Seramai lapan peserta berjaya melangkah kaki ke final dalam acara berkenaan yang berlangsung di Pantai Tanjung Kembang di sini.

Penampilan jelitawan menawan di pentas final menyaksikan penampilan istimewa barisan finalis iaitu Maya Hasma Hassan dari Sebuyau, Darliana Darmizan (Kabong) Norhikma Fazila Hamlet (Kabong), Norainina Safia Ahmad Zaidi (Bungin), Norsuzilawani Suhaili (Betong),
Siti Nurul Mira Farhana Jahili (Saratok) Dayang Rohayah Awang Helmi (Lundu) dan Helena Jebat (Saratok ).

Naib juara pertandingan menjadi milik Maya Hasma Hassan dari Sebuyau yang juga turut membolot anugerah kostum terbaik.

Tempat ketiga pula ialah Helena Jebat peserta dari Saratok. Diikuti oleh Norsuzilawani Suhaili dari Betong menduduki tempat keempat dan Norainina Safia Ahmad Zaidi dari Bungin muncul pemenang tempat kelima pertandingan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Wakil Pengelola KIKF 2019, Molyadi Haji Sepali.

Helena Jebat pemenang tempat ketiga

JUARA…. Dayang Rohayah Awang Helmi, 28 tahun (duduk)

Naib Juara… Maya Hasma Hassan dari Sebuyau