SIBU: Nangka Education Camp (NEC) Siri kedua telah bermula pada hari ini di Masjid An-Nur Sibu.

Pendaftaran bermula pukul 7.30am pada pagi tadi akan berakhir pada 4 petang ini, dan program ini berlangsung selama dua hari berturut-turut.

Menurut jurucakap program , Abang Fairul Syarmil Abang Mohd, “Seramai 120 orang pelajar yang terlibat iaitu melibatkan pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3.”

Abang Fairul Syarmil yang juga Yang Di-Pertua Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) berkata ketika ditemubual oleh wartawan SarawakVoice pagi tadi, “NEC merupakan program bersiri anjuran bersama PGBS dan Pusat Khidmat N55 Nangka yg memfokuskan kepada pelajar UPSR dan PT3.”

Tambah Fairul, ” ini merupakan Nangka Education Camp yang kedua selepas kita membuat siri pertama pada November lepas.”

Ujarnya, Terima kasih juga kepada pihak Masjid yang memberi kerjasama kepada PGBS. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar di samping mengimarahkan Masjid.”