KUCHING: Perkhidmatan bas hidrogen yang ditunggu-tunggu rakyat Sarawak akan mula beroperasi di bandar raya ini bulan depan.

Projek pengangkutan awam itu sedang giat dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Husain berkata projek itu akan melibatkan beberapa laluan utama di bandar ini.

“Ia akan memberi faedah kepada masyarakat dan para pelawat yang bakal berkunjung ke sini,” kata Aziz di satu majlis di sini, Jumaat.

Bas elektrik telah juga beroperasi mulai 1 Mac yang banyak memberi faedah kepada penduduk tempatan dan pelancong.

Jadual perjalanan bas elektrik itu bermula jam 7 pagi dari perhentian utama di ‘Open Air Market’ dan akan berhenti di setiap 25 perhentian yang ditetapkan di sepanjang laluan sehingga jam 6 petang.

Perhentian terbabit adalah kawasan Jambatan Darul Hana, Muzium Sejarah Cina, Tebingan Kuching, Jalan Abell, Padungan, Ang Cheng Ho, MBKS, iCom Square, Jalan Pending, Taman Rekreasi MBKS, SJK(S) Chung Hua No.3, Jalan Central Timur, Jalan Ban Hock, The Hills, Hotel Riverside Majestic, Main Bazaar, Pejabat Pos Besar Kuching, Muzium Sarawak, Wisma Satok @ Jalan Satok, Pusat Komersial Al-Idrus, Wisma ASSAR, Jambatan Satok, Jalan Kulas dan Jalan Haji Taha.

gambar hiasan