Friday, August 12, 2022

Facebook, Instagram, Whatsapp alami gangguan

Secara Rawak

SAN FRANCISCO: Beberapa aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami gangguan perkhidmatan di beberapa kawasan di seluruh dunia pada Rabu lapor agensi berita Xinhua.

Pengguna Facebook di seluruh dunia menghadapi masalah untuk mengakses aplikasi itu termasuk tidak dapat mengemaskini status.

“Instagram mengalami gangguan beberapa jam…Saya bosan menunggu,” kata pengguna Myrella@mkifuri dalam akaun twitternya.

Facebook mengakui terdapat gangguan perkhidmatan menerusi tweetnya pada Rabu.

Rangkaian media sosial terbesar dunia itu kini sedang berusaha mengatasi masalah berkaitan.

Facebook turut mengesahkan isu itu bukan disebabkan serangan perkhidmatan agihan penafian (DDoS).–BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru