Sunday, November 27, 2022

Seorang cedera bas ekspres terbalik di Selangau

Secara Rawak

SIBU: Seorang rakyat Indonesia berhadapan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaikinya terbalik di Jalan Tamin Selangau di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, impak kemalangan menyebabkan mangsa yang
berusia 33 tahun mengalami kecederaan serius.

“Ketika itu, bas terbabit membawa 12 penumpang dan dalam perjalanan dari Miiri menuju Kuching.

“Pihak kita telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.35 pagi dan sebuah ambulans EMRS telah diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu.

Pasukan katanya, tiba di lokasi kejadian sekitar jam 2.31 pagi dan segera melaksanakan rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu dan dilaporkan stabil,” tambahnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru