Monday, June 27, 2022

Warga emas mengaku tidak bersalah sebagai dalang tipu kerja di Liberia

Secara Rawak

SIBU: Seorang warga emas mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan menipu, berkait kes penipuan pekerjaan di Liberia.

Tertuduh Die Sing Kwong, 60, mengaku tidak bersalah menerusi peguambelanya, Boston Ho di hadapan Majistret Stella Augustine Druce, setelah pertuduhan dibacakan oleh pegawai pendakwa Inspektor Badrul Iskandar Selamat, sekitar jam 10.30 pagi di Mahkamah Majistret Sibu.

Pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan kerana menipu.

Jika sabit kesalahan, hukuman akan dilaksanakan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang membawa kepada penjara maksimum hingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya serentak.

Mahkamah menetapkan
ikat jamin RM2,500 untuk setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

Kes akan disebut semula di Mahkamah Kapit pada 21 Mac depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru