Wednesday, August 17, 2022

Sukan ekstrem: Mula minat dari umur 11 tahun

Secara Rawak

SIBU: Sukan ekstrem kian mendapat tempat dalam kalangan anak muda. Biarpun oang berkata, sukan ini membahayakan, tetapi, bila diajar atau dilatih sejak awal , ia menjadi senang.

Azmi , seorang pemain sukan ekstrem, berumur 27 tahun, berkata, “ saya meminati sukan ini sejak berumur 11 tahun lagi, apabila saya melihat sukan ini mempunyai kelainan dengan sukan lain. Oleh itu, saya mula membeli papan luncur untuk memberikan komitmen saya terhadap sukan.”

Ujarnya ketika ditemu bual oleh wartawan SarawakVoice, “walaupun papan luncur yang saya beli itu bukanlah papan luncur yang khas untuk bermain , tetapi, itulah permulaan saya mula menjebakkan diri dalam dunia sukan ekstrem.”

Wartawan SarawakVoice sempat bertanya, “jika papan luncur yang dibeli pada ketika mula-mula sejak Azmi bukanlah papan yang dikhaskan untuk bermain sukan ini, bilalah Saudara Azmi mula membeli barangan yang dikhaskan untuk bermain papan luncur?”

Azmi menjawab , “Berhubung dengan perkara ini, saya mula membeli barangan yang dikhaskan untuk membeli barangan untuk papan luncur, sejak saya kenal dengan seorang rakan ini. Dia banyak mengajar saya untuk membeli barang yang dikhaskan untuk papan luncur. “

Tambahnya, “ ketika itu, saya hanya mampu beli barangan terpakai, kerana ketika itu saya masih sekolah dan sukar hendak minta beli barangan daripada orang tua saya. Kini , Alhamdulillah, dah bekerja, saya boleh membeli barangan ini dengan hasil titik peluh saya.”

Wartawan SarawakVoice sempat bertanyakan “apakah nasihat yang boleh diberikan kepada anak-anak muda yang ingin mencuba sukan ekstrem ini?”

Jelas Azmi, “ Kami tidaklah pakar, dan kami tidaklah hebat, tetapi, kami boleh berkongsi ilmu. Kepada sesiapa yang ingin mencuba sukan lasak ini, boleh lah ke Dataran Sibu Fasa dua, kami akan mengajar secara peringkat mengikut kecepatan saudara menangkap apa yang diajar oleh kami.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru