Monday, June 27, 2022

Polis Sarawak buru ‘penipu licik’ lesapkan RM118,567

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan pakej pelancongan luar negara di negeri ini.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek Mohd Aszlan Mat Muda, 30, dicari setelah pihak polis menerima 32 laporan polis mengenainya sejak 23 Disember hingga 8 Mac lalu.

“Suspek dari Kampung Pandan Lundu disyaki telah menggelapkan wang mangsa yang secara terkumpul melebihi RM118,567.84.

“Modus operandi suspek adalah dengan menawarkan pakej pelancongan kepada semua mangsa terlibat, sebelum memperdaya mereka membuat pembayaran bagi proses pendaftaran tiket kapal terbang ke akaun peribadi miliknya.

Kata Mustafa, sebanyak lima kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah dibuka berkait kes-kes ini.

Mangsa-mangsa yang terlibat adalah dari Kuching, Miri, Sibu, Padawan dan Sri Aman manakala  pakej yang ditawarkan melibatkan pelancongan ke Gunung Kinabalu; Korea; Vietnam; Annapurna Base Camp; Himalaya, Nepal; Hua Hin, Thailand; Jogjakarta; Bangkok dan Kuala Lumpur.

Pakej lain termasuklah ke Turki dan Jepun.

“Kesemua mangsa telah membuat pembayaran di antara RM274 hingga RM38,250 kepada suspek berdasarkan pakej yang diambil.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati pakej-pakej pelancongan tersebut tidak wujud manakala suspek “ghaib”, tidak dapat dihubungi sejurus pembayaran dibuat.

“Suspek kini tersenarai sebagai orang yang dikehendaki,” tegasnya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang suspek boleh menghubungi
pegawai penyiasat Inspektor Zurraidda Bujang di talian 019-8274217 atau pegawaj risik operasi, Inspektor Hamizan Ismail di talian 016-4455695.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru