Wednesday, August 17, 2022

Kerjasama CENTEXS, Huawei ketengah teknologi dalam pembelajaran

Secara Rawak

BETONG: Kerjasama antara Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak CENTEXS bersama Huawei akan mengetengahkan penggunaan teknologi di dalam program-program yang ditawarkan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, kerjasama seperti ini bakal memanfaatkan Sarawak lebih-lebih lagi dalam usaha mentransformasikan sektor pertanian.

Jelasnya, ini merupakan antara perancangan jangka masa panjang sektor pertanian di Sarawak khususnya di bahagian Betong.
Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media setelah merasmikan kampus sementara CENTEXS Betong di sini.

Kampus CENTEXS Betong menawarkan program-program seperti pendawaian elektrik, teknologi fesyen, dan pembangunan aplikasi sistem android.

Dalam jangka masa akan datang, CENTEXS Betong turut akan menawarkan program pertanian pintar yang bertujuan untuk menambahbaik industri pertanian di samping meningkatkan produktiviti hasil tanaman.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru