Wednesday, August 17, 2022

Spaoh, Betong berpotensi sebagai pusat pengeluar makanan

Secara Rawak

BETONG: Spaoh, yang merupakan sebuah daerah kecil di bahagian Betong berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pengeluar makanan bukan sahaja di dalam negara malah ke luar negara.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg berkata, Kerajaan Sarawak telah merancang untuk membina sebuah lapangan terbang khas di Spaoh untuk dijadikan sebagai pusat pengeluar serta pengumpulan makanan bagi memudahkan kerja-kerja penghantaran makanan ke luar Sarawak.

Beliau menambah, Kerajaan Singapura turut menyatakan minat untuk memilih Sarawak sebagai pembekal makanan seperti sayuran untuk diimport ke sana.

Kata beliau lagi, hal ini secara langsung bakal membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di Spaoh yang seterusnya bakal meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Spaoh di sini.

Terdahulu, di dalam ucapannya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perjalanan Sarawak untuk mencapai status maju menjelang 2030 memang bukan sesuatu yang mudah tetapi beliau percaya dengan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, Sarawak mampu mencapainya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru