Wednesday, August 17, 2022

Sarawak komited membina benteng tebing sungai di Kampung Spaoh

Secara Rawak

BETONG: Kerajaan Sarawak komited dalam membangunkan kawasan luar bandar apabila meluluskan peruntukan berjumlah RM800,000 bagi naik taraf sistem perparitan dan membina benteng Tebing Sungai di Kampung Spaoh.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong menyatakan peruntukan ini merangkumi kerja-kerja pembinaan struktur perlindungan hakisan tebingan sungai sepanjang 30 meter.

“Projek ini mampu mengurangkan masalah banjir akibat air pasang dan sekali gus mensejahterakan kehidupan rakyat.

“Selain itu, projek ini juga meningkatkan kapasiti dan efisensi sistem perparitan di sekitar Tanjung Sebekut.

“Memelihara tebingan sungai di kawasan Kampung Spaoh daripada hakisan,” maklumat ini dipaparkan di pameran mini yang diadakan di Dewan Masyarakat Spaoh sempena lawatan rasmi beliau ke Spaoh hari ini.

Projek ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup para penduduk di kawasan tersebut.

Ketika ini kebanyakan rumah penduduk dibina di atas tanah menyebabkan mudah berlakunya banjir terutama semasa air pasang besar banjir kilat dan diburukan lagi dengan sistem perparitan yang kurang berkesan.

Sebanyak empat komponen projek dilaksanakan dalam kerja-kerja Naik Taraf Sistem Perparitan dan Membina Benteng Tebing Sungai di Kampung Spaoh.

“RM500,000 diperuntukan bagi kerja-kerja pembinaan struktur perlindungan hakisan tebingan sungai sepanjang 30 meter menggunakan ‘steel heet piles’ dan ‘non-woven geobag’.

“Membersih dan mendalamkan sistem perparitan sepanjang 8.0 km di dalam kawasan Skim Pengairan Terkawal, Tg. Sebekut, Spaoh berjumlah RM50,000.

“Membaik pulih dan penyelenggaraan tiga buah pintu air (TCG) dan kerja-kerja membina dan menyiap tiga buah HDPE Pipe Culverts 1200mm diameter x 8.0 meter panjang berjumlah RM150,000.

“Kerja-kerja membina dan menyiap dua buah RC Crossing 3.66 meter sepanjang 10 meter dan 13.2 meter masing-masing berjumlah RM100,000,” katanya.

Projek ini mengambil masa empat bulan untuk disiapkan bermula 18 Februari lepas dan dijangka siap pada 17 Jun 2019.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah meluluskan beberapa projek pembangunan seperti Spaoh Waterfront, Pejabat Daerah Spaoh, jambatan, menara telekomunikasi dan kompleks sukan.

“Sebanyak RM14 juta diperuntukan bagi membina Spaoh Waterfront Fasa Pertama, Pejabat Daerah Spaoh Baharu bernilai RM6 juta, jambatan bernilai RM7 juta dan 18 menara telekomunikasi bagi kawasan Spaoh dan Betong.

“Sehingga hari ini, Bahagian Betong telah mempunyai 39 menara telekomuniksasi dan seluruh Sarawak sebanyak 600 menara telekomuniksasi.

“Turut diluluskan, pembinaan kompleks sukan yang lengkap dengan hab inkubator internet untuk memudahkan rakyat memasarkan produk pertanian ke luar,” ujarnya.

Abang Zohari juga menjelaskan bahawa Seksyen 6 Kanun Tanah bukan bertujuan merampas tanah NCR rakyat tetapi untuk menyukat tanah yang luas sebelum mengeluarkan sijil hak milik kepada pemilik.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru