SEORANG lelaki berbangsa cina putus tangan akibat ditetak oleh seorang suspek lelaki yang bersenjatakan parang.

Menurut sumber suspek lelaki tersebut adalah seorang penduduk tempatan. Kejadian yang berlaku pada malam semalam (10.03.2019) di sebuah lot kedai di Pekan Kabong turut menggemparkan orang ramai.

Suspek yang melarikan diri setelah insiden berdarah tersebut bagaimanapun telah berjaya diberkas oleh pihak polis. Motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.