BETONG: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg menegaskan bahawa hasratnya untuk membina sebuah lapangan terbang di Betong bukanlah sekadar cakap kosong.

Katanya, pembinaan tersebut adalah salah satu langkah penting Kerajaan Sarawak untuk membangunkan Betong sebagai pusat pengeluaran makanan.

Beliau menambah, sepanjang tempoh 2 tahun, beliau telahpun meluluskan kira-kira RM650 juta bagi perlaksanaan projek-projek di dalam bahagian Betong.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat Bahagian Betong di sini.

Sementara itu, tegasnya, perlaksanaan projek-projek yang diumumkannya sememangnya memakan masa dan jelasnya lagi, tiada sebarang projek akan terus terbina sebaik diumum.

Beliau turut meluluskan peruntukan tambahan berjumlah hampir RM30 juta bagi projek-projek baharu di bahagian Betong seperti jalan ke rumah-rumah panjang, pasar baharu, dan tebatan banjir