Wednesday, August 17, 2022

Titik permulaan yang baik bagi Persatuan Graduan Bumiputera Sibu

Secara Rawak

SIBU: Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) melahirkan rasa syukur kerana program syarahan umum anjuran PGBS dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Nangka berjaya dilangsungkan dengan jayanya.

Itulah yang dikatakan oleh Yang Di-Pertua PGBS, Abang Fairul Syarmil Abang Mohd ketika ditemuramah oleh wartawan SarawakVoice semalam.

“Ini merupakan program utama PGBS pada tahun 2019, Syarahan umum pada hari ini merupakan satu permulaan untuk kami anjurkan beberapa siri lagi syarahan umum pada akan datang di mana topiknya akan tertakluk kepada isu-isu semasa” , katanya.

Ketua Penerangan PGBS , Mohammad Rezza Abdullah Bahida berkata, ” Alhamdulillah, program ini berjaya dilangsungkan dengan jayanya, dengan tanpa apa-apa gangguan, malahan, para penonton tidak putus-putus bertanyakan soalan kepada para panel.”

“Hal ini membuktikan bahawa para penonton mengambil berat mengenai isu ini dan tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan kepada para panel tentang perkara yang tidak difahami, ” ujarnya lagi.

Semalam , PGBS menganjurkan program syarahan mengenai Akta Wilayah Laut 2012 (TSA2012), Perjanjian Malaysia 1963(MA63), Akta Pembangunan Petroleum (PDA74 ) dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO58) ‘What and Why you need to Know’.

Para panel untuk menyampaikan syarahan ini ialah Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Pusat serta Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Aktivis Perjanjian Malaysia, Zainnal Ajmaen dan Lina Soo dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Robert Lau Hui Yew.

Turut hadir semalam , Menteri Muda Pendidikan , Sains, dan Penyelidikan Teknologi dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapaee.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru