Tuesday, May 11, 2021

Sarawak mempunyai undang- undang tersendiri untuk wilayah laut Sarawak

Mesti baca

SIBU: Sarawak mempunyai undang- undang tersendiri untuk mengenalpasti sempadannya tersendiri dan perkara ini telah dijelaskan dalam Definisi Undang-undang had Sempadan di dalam Majlis Negeri 1958 .

Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Majlis Luar Bandar Sibu, Robert Lau Hui Yew ketika beliau membentangkan syarahannya mengenai Akta Wilayah Laut 2012 di University College Of Technology Sarawak.

“Didalam undang-undang itu, undang-undang laut Sarawak ialah 350 batu nautika dari perairan . Ini juga dirujuk berdasarkan takrif dan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai undang-undang Laut, ” jelas Robert.

“Dengan berlaku pengurangan penguasaan Wilayah Laut daripada 350 batu nautika kepada tiga batu nautika sahaja, hal ini disebabkan berlakunya darurat di Tanah Melayu pada ketika itu. Sabah dan Sarawak juga turut terkena tempias kerana darurat itu dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak, ” ujarnya yang juga merupakan seorang peguam .

Kata Robert, “Tidak lama kemudian, Akta Pembangunan Petroleum dibuat bagi memberikan kuasa penuh kepada Petroliam Nasional (PETRONAS) untuk cari gali minyak dan seluruh kuasa ini berada di tangan Perdana Menteri.

Ujar Robert, ” Pada tahun 2011, proklaramasi darurat dimansuhkan oleh bekas Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Robert Lau yang bersama Zainnal Ajmain, Lina Soo dan Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Pusat dan Negeri serta Pemantauan Projek ,Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyampaikan syarahan umum mengenai Akta Wilayah Laut 2012 (TSA2012), Perjanjian Malaysia 1963(MA63), Akta Pembangunan Petroleum (PDA74 ) dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO58) ‘What and Why you need to Know’.

Secara Rawak

Artikel Terbaru