Wednesday, August 17, 2022

DUN lama naik taraf persembahkan seni

Secara Rawak

KUCHING: Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama yang bakal dinaik taraf akan menjadi pusat persembahan seni dilengkapi aplikasi untuk mempromosi produk asli Sarawak.

Ketua Menteri berkata, aplikasi tersebut akan dapat juga digunakan untuk mempromosikan produk sehingga ke pasaran antarabangsa bagi meraih pasaran yang lebih luas.

“Kita akan tingkatkan prasarana digital dalam usaha mempromosikan e-dagang,” kata Datuk Patinggi Abang Johari dalam satu majlis di sini, Sabtu.

“Penghasilan dan rekaan produk di Sarawak dapat dipromosikan dan dipasarkan ke peringkat global,” jelasnya.

Sehubungan itu, jelasnya, aplikasi berkenaan akan digunakan untuk mempromosikan rekaan fesyen.

Ujarnya, ramai pereka fesyen dan model peragaan di Sarawak serta bertaraf antarabangsa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru