Wednesday, August 17, 2022

Sekolah menengah antarabangsa bakal dibina di Miri, Bintulu, Sibu, Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Lima sekolah menengah antarabangsa akan ditubuhkan di empat bandar utama di negeri ini sebagai menyahut permintaan dan menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

berkata, sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar itu akan memberi peluang kepada anak muda yang berbakat.

Bagaimanapun katanya, sekolah mengikut konsep yang diamalkan di negara kota Singapura itu masih dalam perancangan.

Difahamkan sekolah berkenaan akan dibangunkan di Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Katanya, sekolah menengah itu nanti akan menggunakan model yang sama seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Sekolah itu nanti akan mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar dengan subsidi diberi kepada mereka yang layak,” katanya.

Mereka yang berbakat dan pintar akan berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti ternama dunia termasuk Universiti Harvard dalam bidang tertentu, kata Abang Johari.

“”Mereka ini nanti akan mampu mencipta pekerjaan khasnya yang berasaskan teknologi,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru