Wednesday, August 17, 2022

Projek Waterfront Marudi bakal siap tidak lama lagi

Secara Rawak

MARUDI: Projek Waterfront Marudi apabila siap kelak bukan sahaja akan mengindahkan pekan Marudi malah menjadi salah satu tarikan pelawat luar terutamanya pelancong asing. Ini secara tidak langsung dapat merancakkan kegiatan ekonomi di Marudi sekaligus dapat membuka peluang penjanaan pendapatan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Projek pembinaan Tebingan Waterfront bernilai RM23juta itu akan dibina di bawah peruntukan Kerajaan Sarawak selepas keputusan untuk tidak meneruskan pembinaannya oleh Persekutuan tahun lalu.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dijangka merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Waterfront Marudi pada bulan ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, YB Datu Dr. Penguang Manggil dalam majlis dialog mengenai Pembinaan Projek Waterfront Marudi.

Dalam pada itu, beliau menjawab dakwaan ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon mendakwa kawasan di Kampung Cina Marudi tidak sesuai untuk pembinaan stesen minyak kerana dikatakan tidak selamat dan berikutan dakwaan itu, cadangan pembinaan stesen minyak tersebut mendapat bantahan penduduk.

Datu Dr. Penguang menjelaskan bajawa pembinaan stesen minyak itu telah mendapat kelulusan Jabatan Tanah dan Survey Negeri Sarawak dan memenuhi kreteria-kretiria keselamatan seperti yang telah diterangkan oleh pihak Bomba.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru