Wednesday, August 17, 2022

Peruntukan khas RM1 juta untuk Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini melancarkan Aplikasi ePreneurs Wanita di majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019.

Ianya merupakan aplikasi yang memanfaatkan usahawan di Sarawak terutamanya dimana peniaga boleh menjual dan memasarkan produk mereka atas talian.

Selain dari pelancaran aplikasi ePreneurs, Abang Johari juga menyerahkan Geran Usahawan Wanita JWKS untuk bahagian Kuching dalam bentuk peralatan dan keperluan perniagaan .

Dalam ucapannya, beliau mengumumkan Kerajaan Negeri memberi peruntukan sebanyak RM1,000,000 untuk Geran Usahawan Wanita JWKS pada tahun ini untuk mengembangkan lagi perniagaan dan memberi semangat kepada wanita Sarawak agar lebih berjaya.

Menurut Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, RM250,000 adalah jumlah keseluruhan geran untuk 50 orang penerima Geran Usahawan Wanita JWKS yang diserahkan dalam majlis Sambutan Hari Wanita kali ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru