Wednesday, August 17, 2022

Pelancaran ePreneurs Wanita, Aplikasi Khas Untuk Usahawan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang bertemakan #balanceforbetter turut disambut meriah di Borneo Convention Centre Kuching hari ini. Menurut Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dalam ucapan beliau berkata, peruntukan Geran Usahawan JWKS yang diberi Kerajaan Negeri berjumlah RM500,000 pada tahun 2018 telah memberi manfaat kepada 100 orang usahawan wanita.

Dalam pada itu juga, Fatimah juga ingin Kerajaan Negeri untuk tidak memandang ringan kepada isu masalah kekurangan Childcare Centre at Workplace dimana Sarawak hanya memiliki 12 buah cawangan daripada 230 buah jumlah keseluruhan taska dan tadika yang telah berdaftar.

Ini berikutan daripada jumlah petugas wanita di agensi kerajaan maupun swasta semakin meningkat di Sarawak.

Selain daripada itu juga, Sambutan Hari Wanita ini juga dimeriahkan dengan pelancaran aplikasi ePreneurs Wanita sebagai platform digital untuk usahawan JWKS untuk mengembangkan perniagaan mereka di atas talian.

Penyerahan Geran Usahawan JWKS untuk bahagian Kuching pula disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dalam bentuk peralatan dan keperluan perniagaan untuk usahawan wanita di Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru