KUCHING: Keadaan jenayah di Sarawak pada umumnya masih lagi terkawal meskipun terdapat peningkatan kes indeks jenayah bagi Januari hingga 5 Mac tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Azman Yusof berkata, 15 daerah memperlihatkan peningkatan kes jenayah bagi tempoh sama.

“Bagi tempoh Januari hingga 5 Mac lalu sebanyak 1,099 kes jenayah dilaporkan berbanding 1,009 kes dalam tempoh sama tahun lalu,” jelasnya dalam satu majlis di sini semalam.

Daerah terbabit ialah Padawan menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 36 kes, Sri Aman (16), Marudi (15), Bintulu (8), Bau (8), Betong (7), Matu/Daro (6), Maradong (5), Simunjan (4), Kanowit (4), Kuching (2), Saratok dan Song masing-masingnya satu.

Pada tempoh sama, tujuh daerah, katanya menunjukkan penurunan kes jenayah, iaitu Tatau, Belaga, Lawas, Mukah, Kota Samarahan dan Miri.