Wednesday, August 17, 2022

Semua pejabat daerah terima booklet SOP pengambilan anak angkat

Secara Rawak

KUCHNIG: Booklet Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pengambilan anak angkat akan diedarkan ke semua pejabat daerah di seluruh negeri pada minggu depan agar permasalahan proses pengangkatan anak di Sarawak dapat ditangani dengan cepat serta dijadikan bahan rujukan umum.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementeriaanya telah membuat SOP berkenaan yang mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan panduan mengenai pengambilan anak angkat di Sarawak.

“Kementerian telah menyediakan SOP berkaitan pengambilan anak angkat kerana kami mahu ia dilaksanakan dengan baik bagi memastikan bahawa sijil yang dikeluarkan mengikut prosedur yang betul,” ujarnya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Standard of Procedure (SOP) Panduan Pengurusan Pengangkatan Anak di Wisma Kebajikan, Jln Sultan Tengah Petrajaya Kuching semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru