Wednesday, August 17, 2022

Program PANDei diadakan di 9 pustaka awam dan desa di Lundu

Secara Rawak

LUNDU: Jawatankuasa Pengelola Majlis Daerah Lundu dan Pustaka Negeri Sarawak mengadakan program “People Ascesable Network For Digital Enpowerment & Inclusivity (PANDei) di sembilan pustaka awam dan desa di Lundu.

Pustaka terlibat ialah pustaka desa Kampung Sebiris, Kampung Biawak, Kampung Jantan, Kampung Sebako, Kampung Pueh, Kampung Telok Melano, Kampung Bokah, Kampung Raso dan Sematan.

Memetik perkongsian maklumat di media sosial Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu program tersebut menyasarkan komuniti luar bandar terutama generasi muda.

Menurut Jamilah, generai muda inilah yang akan memancu Sarawak dalam ekonomi digital sekali gus menjadi barisan hadapan dalam dunia digital.

Bercakap pada Majlis Perasmian Program Bengkel PANDei di Pustaka Awam Majlis Daerah Lundu, Jamilah berkata lebih lima usahawan tempatan mendaftar sebagai pengguna aplikasi Sarawak Pay dan menggunakan aplikasi tersebut hasil pengisian bengkel program PANDei.

Jamilah berkata, Kerajaan Sarawak komited terhadap usaha mentranformasi ekonomi digital di negeri ini sejak ia dilancarkan 13 Disember 2017 dalam pelbagai bidang seperti pertanian, industri pengeluaran, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya.

Jamilah turut menyarankan PANDei dianjurkan khas untuk barisan pemimpin tempatan seperti kaunselor-Majlis Daerah Lundu bagi memperkasa pengetahuan IT mereka dalam dunia digital.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru