KUCHING: Kuching menjadi pilihan lokasi pelancaran The 13th Asia Pacific Orchid Conference (APOC) yang bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching(BCCK).

Pemilihan tersebut di buat setelah Sarawak memenangi pembidaan menentukan tuan rumah pada APOC ke 11 di Okinawa, tahun 2013, secara tidak langsung menjadikan bandar Kuching sebagai bandar pertama melangsungkan persidangan tersebut di Malaysia.

APOC 13 akan berlangsung selama 5 hari bermula dari 24 sehingga 28 Julai 2019

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Mohd Abu Bakar Marzuki, objektif persidangan adalah untuk mencapai kerjasama antarabangsa untuk trend dalam pembangunan dan pemuliharaan orkid di rantau Asia Pasifik.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Menurutnya lagi, jualan orkid hibrid, bahan-bahan landskap produk pertanian produk tumbuhan, kraf dan makanan untuk tetamu yang hadir.

Peserta pameran antarabangsa yang terlibat dalam jualan orkid adalah daripada Taiwan, Japan, Thailand dan Ecuador.

Bagi yang berminat untuk menyertai pameran, pendaftaran dan maklumat lanjut boleh dilakukan di laman web www.apoc13.com ataupun email di apoc2019@dbku.gov.my.