Wednesday, August 17, 2022

430 mangsa banjir berada di PPS Betong setakat 8 pagi tadi

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Betong yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Perpaduan Debak menurun sedikit kepada 430 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pada 8 malam tadi, 431 mangsa daripada 93 keluarga berada di pusat pemindahan tersebut.

Setakat ini, hanya satu PPS dibuka semalam selepas empat kampung di daerah kecil Debak, iaitu Kampung Bungey, Kampung Babu Debak, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut dilanda banjir.

Kampung berkenaan terjejas berikutan kawasannya rendah dan berada di tepi Sungai Rimbas manakala paras air di sungai berkenaan semakin meningkat susulan hujan lebat malam semalam, kata kenyataan itu.– BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru