Wednesday, August 17, 2022

Salah guna dadah, punca berlaku perceraian – Fatimah

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah menyifatkan salah satu punca berlakunya perceraian adalah disebabkan isu dadah.

Menurut beliau, statistik terperinci mengenai kes masalah keluarga Islam yang terlibat dengan dadah telah diserahkan kepada Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak oleh Jabatan Agama Islam

“Hari ini kami telah mendengar dan mendapat statistik daripada Jabatan Agama Islam berkaitan dengan kes masalah keluarga Islam, yang terlibat dalam dadah, jadi ianya sangat jelas di dalam statistik tersebut”

Beliau berkata demikian ketika sesi temu bual bersama pemberita di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching, hari ini.

Tambah beliau lagi, masalah dadah mendorong kepada pelbagai masalah sosial seperti jenayah-jenayah kecil, contohnya kecurian harta benda.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan satu mesyuarat akan diadakan bagi penyelarasan berkaitan dengan isu dadah ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru