Wednesday, August 17, 2022

Program intervensi bersepadu tangani isu sosial pelajar Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk menangani isu-isu sosial khasnya isu penyalahgunaan dadah dan Subtance melalui program intervensi Bersepadu itu baik berbentuk penguatkuasaan atau bukan penguatkuasaan dalam semangat “Collective Responsibility”.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, melalui program yang telah dianjurkan oleh jabatan atau agensi Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dalam usaha menangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar merupakan satu peranan yang penting dalam penyelesaian isu-isu sosial demi kesejahteraan komuniti di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kesudian PEMADAM dalam kerjasama bagi menangani isu dadah dan substance di kalangan pelajar sekolah.

Jelasnya, pertemuan antara semua pihak pengurusan tertinggi ahli tetap One Stop Committee(OSC) bagi menangani isu dadah dan Subtance (MIDS) menjadi platform untuk mendapat input dan sumbangan yang bermakna bagi merangka hala tuju dan pelan tindakan Intervensi Sosial Bersepadu yang lebih strategik.

Tambahnya, melalui Hari Permuafakatan di peringkat sekolah juga penting bagi menjalankan ujian urin secara berkala terhadap pelajar-pelajar “rentan atau vulnerable” semua sekolah menengah di Sarawak ujian air kencing dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru