KUCHING: Sepasukan Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Kuching yang terdiri daripada dua Pegawai Kanan dan lima Anggota Unit Risikan Marin telah menjalankan OP Landai Siri 23/19 di Kawasan Kuching.

Hasil maklumat dan risikan yang dibuat mengesyaki terdapat kedai runcit di kawasan Jalan Kenyalang Park menjual rokok yang tidak bercukai.

Pada 4 Mac 2019 jam lebih kurang 1610 Hrs di kedai runcit Mini Market 99 Century Jln Kenyalang Park, Kuching sepasukan Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin Kuching telah mebuat pemeriksaan di bilik belakang dan bilik atas kedai tersebut terdapat pelbagai jenis rokok tidak bercukai. Sehubungan itu Pasukan Polis Marin Kuching telah menahan pekerja kedai tersebut bagi membantu siasatan.

Bertindak atas maklumat Pasukan Serbuan menjumpai sekotak besar di dalamnya terdapat pelbagai jenis rokok yang tidak bercukai di kawasan kaki lima bangungan Jalan Kenyalang Park mengesyaki individu terlibat telah melarikan diri dan pihak polis menunggu selama setengah jam masih tiada pemunya yang muncul dan telah membuat rampasan terhadap barangan tersebut. Kedua-dua rampasan mendapati melakukan kesalahan dibawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dengan jumlah rampasan dianggarkan sebanyak RM193,564 termasuk cukai.

Kes diserahkan kepada pihak Kastam untuk tindakan selanjutnya.