Wednesday, August 17, 2022

Bomba Sarawak perlu 14 balai lagi

Secara Rawak

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri ini memerlukan sekurang-kurangnya 14 buah balai bomba pelbagai kategori dalam rancangannya untuk memberi perlindungan kebakaran dan misi menyelamat yang lebih efektif di Sarawak.

Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman Husaini berkata jumlah itu adalah berdasarkan kajian risiko kebakaran yang dijalankan oleh jabatan itu, namun agak sukar untuk ia dipenuhi memandangkan situasi kewangan ketika ini yang kurang mengizinkan.

“Bagaimanapun, kekuatan yang ada sekarang ialah sebanyak 30 balai yang beroperasi, manakala enam lagi balai dalam pembinaan dan akan mula beroperasi pada hujung tahun ini.

“Salah satu daripada enam balai berkenaan iaitu Balai Bomba di Daro dijangka akan beroperasi pada Jun ini selepas selesai pengambilan pasukan bomba bantuan dan pasukan bomba sepenuh masa ditempatkan di balai itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba Sarawak, di sini hari ini.

Beliau berkata lima lagi balai bomba yang akan siap menjelang hujung 2019 ialah di Belaga, Sibu Jaya, Batu Niah, Asajaya dan Selangau.

“Pembinaan kesemua enam balai terbabit sudah hampir 90 peratus siap dan ia melibatkan kos keseluruhan RM42 juta.

“Apabila siap balai itu, bermakna kita mempunyai keseluruhan 36 balai dan sebenarnya ia masih belum mencukupi kerana sasaran kita untuk memiliki 50 balai di Sarawak,” katanya.— BERNAMA

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru