Friday, August 19, 2022

Mana 200,000 peluang kerja dijanjikan Pakatan Harapan

Secara Rawak

JOHOR BAHRU: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) haruslah bertanggungjawab terhadap janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

PH  perlu menunaikan janji tersebut, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah dalam satu kenyataan.

Katanya, PH Johor berikrar mewujudkan 200,000  peluang pekerjaan di negeri terbabit.

Tetapi persoalannya, kata beliau, kenapa sehingga hari ini tidak kelihatan kerajaan Johor bersungguh-sungguh untuk mewujudkan peluang pekerjaan tersebut.

“Buku Harapan juga telah berjanji untuk mewujudkan satu juta pekerjaan juga nampaknya tidak dipedulikan oleh kerajaan mereka sendiri. Sebaliknya ramai kakitangan awam kontrak telah diberhentikan kerja,” katanya.

Kata beliau, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula baru-baru ini mengatakan bahawa saiz penjawat awam di negara ini terlalu besar dan perlu dikecilkan.

“Pelik tapi benar, mereka yang berjanji ingin membuka peluang pekerjaan mereka pula yang memecat dan ingin memberhentikan ramai orang.

Jelasnya, Buku Harapan terkandung iltizam yang menyebutkan hasrat untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500.

“Adakah janji itu hanya sekadar di atas kertas sahaja atau hanya gimik kosong kerana janji-janji berkenaan bukan dari kitab suci?,”’ katanya.

“Saya ingin bertanyakan kepada kerajaan PH Johor apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengatasi masalah pengangguran di negari ini,”’ katanya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru