Tuesday, August 16, 2022

Imam Besar Al Azhar:  Poligami tak adil bagi wanita

Secara Rawak

MESIR: Pernyataan Imam besar lembaga Islam terkemuka di Mesir, Al Azhar bahawa poligami  dapat menjadi “ketidakadilan bagi perempuan dan anak-anak” mencetuskan perdebatan hangat di negara itu.

Imam besar Al Azhar, Ahmed al-Tayeb, berkata poligami acap kali diamalkan kerana “pemahaman yang salah terhadap Quran”, lapor BBC.

Beliau menyatakan demikian dalam program televisyen mingguannya dan melalui akaun Twitternya.

“Setelah menuai perdebatan, Al-Azhar menjelaskan  bahawa sang imam tidak menyerukan pelarangan poligami,”’ lapor BBC.

Dia menegaskan bahawa monogami adalah keharusan dan poligami adalah pengecualian.

“Siapa pun yang menyebut bahwa pernikahan harus poligami adalah salah,” katanya.

Al-Quran, tambahnya, menyebut bahawa bagi seorang lelaki muslim yang memiliki banyak isteri, dia “harus bisa bersikap adil — dan jika tidak bisa adil maka dilarang untuk memiliki banyak isteri”.

Ahmed al-Tayeb juga menganjurkan pembenahan yang lebih luas daripada cara masalah perempuan ditangani.

“Perempuan mewakili setengah daripada masyarakat. Jika kita tidak peduli pada mereka, itu seperti berjalan dengan satu kaki saja,” katanya di Twitter seperti dipetik BBC.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru