NEW DELHI:  Sebelum dibebaskan, juruterbang jet  pejuang India  yang ditembak jatuh muncul dalam video yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakistan .

Dalam video itu, Abhinandan Varthaman memuji  tentera Pakistan yang menawannya.

Namun media India  melaporkan Abhinandan dipaksa membuat video sebelum pembebasannya.

AFP pada Sabtu melaporkan, dalam video yang disunting banyak dan diedarkan  tentera Pakistan sebelum pembebasannya, Abhinandan memuji profesionalisme tentera Pakistan.

Beliau bahkan mengkritik media di India yang menciptakan histeria peperangan antara kedua-dua negara.

“Anggota tentera menyelamatkan saya daripada massa,” katanya dalam video itu.

“Tentera Pakistan sangat profesional dan saya amat terasa,” lanjutnya seperti dilapor Kompas.

Media di India mengecam video tersebut sebagai perbuatan tidak menyenangkan, selain mendakwa melanggar norma antarabangsa bagi para tahanan  perang.

“Tidak ada perdamaian tanpa martabat dan Pakistan hanya lupa pelajaran dasar yang melanggar konvensi Geneva,” tulis editor India Today, Rajdeep Sardesai.

Menteri Luar Negeri Pakistan Shah Mehmood Qureshi berkata, negaranya telah bertindak dengan bijaksana dalam melepaskan  juruterbang itu.

“Tidak ada tekanan pada Pakistan untuk membebaskannya,” ucapnya kepada BBC Urdu.

“Kami ingin menyampaikan kepada mereka, kami tidak ingin menambah kesedihan kalian Anda, kami tidak ingin menganiaya warga Anda, kami hanya menginginkan perdamaian,” ujarnya seperti dipetik Kompas.

Abhinandan menerbangkan jet tempur MiG, tapi ditembak jatuh pada Rabu lalu ketika mengejar jet tempur Pakistan atas konflik di wilayah Kashmir.