KUCHING: Selepas tumpas 0-4 kepada UKM FC dalam aksi di tempat lawan malam tadi, pengendali Sarawak, Mohamad Farhan Abdullah dan pembantunya, David Usop direhatkan serta-merta untuk sementara waktu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Datuk Posa Majais dalam satu kenyataan malam tadi berkata, tindakan itu diambil atas faktor untuk meningkatkan prestasi skuad Sarawak dan menyelamatkan kedudukan pasukan dalam Liga Premier 2019.

“Kedua-dua jurulatih tersebut telah pun dimaklumkan mengenai keputusan ini dan pengganti sementara akan diumumkan dalam masa terdekat, bagi persiapan perlawanan pada penghujung Mac.

Dalam aksi di Stadium Bola Sepak Cheras malam tadi, skuad Ngap Sayot menjadi mangsa belasahan UKM hasil jaringan penalti Michael dan Mateo Roskam pada minit ke-8 dan dan 84.

Lebih mengecewakan, dua gol berbaki UKM FC disumbangkan oleh Mohd Hariz dan Mohd Akmal dalam tempoh lima minit masa kecederaan.

Sarawak berkedudukan tempat kedua tercorot daripada 11 pasukan, dengan mengutip satu mata daripada lima perlawanan.