SIBU: Anda berbakat dalam bidang seni suara? Jangan sia-siakan bakat anda yang terpendam . Mari sertai ‘Pencarian Dataran Superstar Volume 1 ‘ pada Sabtu ini.

Program anjuran Mentari Mahawangsa Sendirian Berhad menyediakan hadiah yang lumayan untuk direbut oleh para peserta dan pertandingan ini terbuka kepada semua tanpa mengira bahasa dan bangsa.

Hadiah pertama merupakan wang tunai sebanyak RM2000 berserta piala , tempat kedua akan mendapat wang tunai sebanyak RM1000 berserta piala dan tempat ketiga akan mendapat wang tunai sebanyak RM500 berserta piala.

Persembahan terbaik dan vokal terbaik akan mendapat baucer makanan sebanyak RM50.

Bagi sesiapa yang ingin menyertai pertandingan ini, bolehlah dapatkan borang penyertaan di Dataran Cafe kerana tarikh akhir perdaftaran adalah pada Jumaat ini.

Segala pertanyaan boleh lah berhubung dengan nama-nama yang tertera:

Datuk Syamsul: 0145975557
Amy : 0182496557
Luqman: 0198859852