Friday, December 3, 2021

Pertandingan kitar semula perigkat sekolah di Kuching, Samarahan

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan  (MLGH) dengan kerjasama Fraser & Neave Holding BHD (F&NHB) menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah di Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan, 2019.

Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd., Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MPKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Menurut Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Bakrie Zaini, penyertaan program ini terbuka kepada semua sekolah yang terletak di kawasan Bandaraya Kuching (DBKU, MBKS dan MPP) dan Kota Samarahan (MPKS).

“Program ini adalah untuk meningkatkan ilmu tentang kepentingan kitar semula di bawah konsep Kurangkan, Gunakan Semula dan Kitar Semula (3R),memupuk semangat dan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar khususnya dan masyarakat amnya.

“Seterusnya untuk menyemai perubahan tingkah laku positif secara berterusan kepada para pelajar khususnya mengenai kitar semula dan menyahut seruan kerajaan untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula,” katanya.

Bakrie menambah, pertandingan ini akan mengambil masa selama enam bulan,bermula pada 1 Mac hingga 30 Ogos nanti.

“Pertandingan tersebut akan melibatkan 52 buah sekolah terdiri daripada 27 buah sekolah menengah dan 25 buah sekolah rendah dalam usaha mengumpulkan barang kitar semula.

Beliau berucap dalam Majlis Pelancaran Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Di Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak Tahun 2019 yang bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Dalam hal berkaitan, Bakrie mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan NREB kerana telah memberikan sokongan dan kebenaran kepada sekolah-sekolah serta menggalakan sekolah yang mempunyai Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) untuk menyertai pertandingan tersebut.

RAKAMAN KENANGAN… rakaman kenangan ketika Majlis Pelancaran Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Di Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak Tahun 2019 yang bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru