Tuesday, June 28, 2022

Reman 4 hari untuk pasangan kekasih untuk bantu siasatan kes penipuan pekerjaan di Kemboja

Secara Rawak

KUCHING: Sepasang kekasih merupakan individu terkini yang direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pekerjaan yang membabitkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.

Majistret Faelley Jeffrey membenarkan permohonan reman terhadap dua suspek berkenaan di Mahkamah Majistret Kuching petang tadi.

Suspek pertama ditahan pada Sabtu lalu dan direman bermula semalam.

Semalam polis Sarawak menahan kedua-dua individu ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah semalam mengesahkan tangkapan tersebut yang berlaku sekitar jam 5 petang Ahad.

Individu pertama ialah seorang lelaki berusia 35 tahun yang ditahan di Traffic Garden manakala individu kedua, seorang wanita, yang juga berusia 35 tahun dari Taman Chung Hua di Kuching.

Pasukan serbuan katanya, turut merampas telefon bimbit, kad bank ATM dan Mastercard Bigpay.

Saringan awal turut mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine.

Setakat ini, Polis Sarawak telah menerima 23 laporan, yang melibatkan 18 lelaki dan lima perempuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru