Friday, August 19, 2022

Kami harap Program Sarawak Central Zone Soccer League diteruskan pada musim hadapan

Secara Rawak

SIBU: Kami harap dan menyokong Program Sarawak Central Zone Soccer League wajar diteruskan pada musim hadapan.

Itulah yang dikatakan oleh Pengurus Pasukan KGMR, Adruce kepada wartawan SarawakVoice selepas ditemui setelah tamat perlawanan.

“Kami sentiasa menyokong dan memberikan sokongan kepada program ini bagi meningkatkan mutu bola sepak di Bahagian Sibu khususnya , walaupun kami tewas pada perlawanan tadi, kami akan bangkit pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Pemain KGMR FC, Borhan, yang bersependapat dengan Pengurus Pasukannya berkata, ” saya menyokong penuh program ini , dan adalah wajar program ini diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan mutu sukan negara.”

“Walaupun kami kalah, ia tidak menjadi masalah kepada kami untuk menyokong program ini,” selorohnya kepada wartawan SarawakVoice.

Untuk perlawanan KGMR FC menentang Sessang FC , menyaksikan Sessang FC mendapat tiga mata penuh setelah menumpaskan KGMR FC dua gol berbalas satu.

Gol Sessang FC dijaringkan oleh Charles Ajang menerusi sepakan penalti pada minit keempat dan minit ke-88 manakala gol KGMR dijaringkan oleh Mohd Arif pada minit ke -53.

Liga ini telah bermula pada  16 Februari lalu dan dijangka berakhir pada 28 Julai tahun ini.

Untuk hadiah, Juara liga akan mendapat RM15000, naib Johan akan mendapat RM5,000 dan tempat ketiga mendapat hadiah sebanyak RM2000 serta tempat keempat pula akan mendapat hadiah sebanyak RM 1000

Hadiah sampingan menanti pemenang anugerah Golden boot dimana akan membawa pulang RM1,000 manakala pemenang Golden hand pula juga akan membawa pulang RM1,000 dan kesemua piala ditaja oleh H2 Sport.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru