Tuesday, August 16, 2022

Hina Nabi: Jika tiada tindakan tegas rakyat akan bangkit, kata PAS

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sangat terkilan dan kesal dengan tindakan pihak polis membebaskan pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai yang telah memuatkan karikatur biadap menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda.

“Tindakan tersebut telah menimbulkan tanda tanya yang besar dalam kalangan umat Islam mengapa suspek dibebaskan dengan mudah,”’ kata Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan media.

Ujarnya, sebanyak 395 laporan polis telah dibuat di seluruh negara terhadap individu biadab tersebut.

Sing Wai disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan hanya direman selama tiga hari kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Walhal,  ujarnya, seorang wanita yang menghina Nabi SAW pada tahun lalu dan disiasat di bawah Seksyen 298 juga telah dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM15,000.

“Mengikut fakta kes, tindakan individu biadap tersebut tidak wajar untuk dilepaskan,” katanya.

Oleh itu, ujarnya, PAS menuntut satu penjelasan daripada pihak berwajib bagi meredakan keresahan umat Islam.

“Justeru ia satu provokasi yang jelas mengundang suasana buruk,”’ tegasnya.

“Tindakan individu biadap tersebut sewajarnya dikenakan hukuman berat. Karikatur menghina Nabi SAW dan isteri baginda tidak dapat dimaafkan oleh umat Islam di negara ini,”’ katanya lagi.

“Kerajaan Malaysia juga mesti tegas bertindak. Jaga agama Islam dan sensitiviti penganutnya. Jika kerajaan malas dan lembab bertindak, ia menyebabkan penghina agama ini makin berani dan nekad,”’ katanya.

Kata Nasrudin, jika tiada tindakan tegas, rakyat pasti akan bangkit dan himpunan raksasa akan diadakan untuk mendesak kerajaan bertindak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru